Monday, August 30, 2010

ENZIM DAN CINTA

Rasanya semua orang penah belajar pasal enzim masa sekolah dulu. Tak kira la masa sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Apa kaitan enzim dan cinta sebenarnya??

Mengikut sifat2 enzim, di nyatakan enzim bekerja secara spesifik di mana 1 enzim hanya boleh bertidak atau bereaksi dengan 1 substrat sahaja. Dalam perspektif cinta, saya memandang teori enzim ini dengan menyatakan analogi alangkah bagus jika seorang lelaki hanya setia pada seorang pasangan sahaja begitu juga sebaliknya. Jadilah seperti enzim yang hanya setia pada 1 substrat sahaja. Enzim bertindak apabila mereka telah betul- betul mengenali substrat. Maka, kenalilah pasangan anda sebaik-baiknya sebelum anda menzahirkan rasa cinta pada mereka. Telah dinyatakan di dalam al-quran ;

“… vile women are for vile men, and vile man for vile women. Good women are for good men, and good men are for good women, such are innocent of that which people say : For them is a pardon and a bountiful provision…”

Kerja enzim terbantut apabila ada inhibitor sehingga menghalang pembentukan kompleks enzim-substrat. Bagaimana saya kaitkan teori ini dengan cinta?? Dalam cinta kebanyakan pasangan sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan mereka. Maka perlu di ingat, kita masih punya inhibitor iaitu agama kita Islam, yang melarang kita melakukan perkara-perkara maksiat sebelum seseorang itu mempunyai ikatan yang sah. Inhibitor inilah yang harus di pegang kerana inilah yang menjadi panduan kita.

There is a subtle danger that leads people away from religion, prevents them from submitting to God as their lord, and ultimately, brings numerous other forms of trouble and distress upon them. This danger is romanticism, which leads people to live not according to their emotions; that is, according to their desires, hatreds, their susceptibility to temptations and their whims. (Romanticsm: A Weapon of Satan- Harun Yahya)