Thursday, December 30, 2010

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 4]

***************

“Saya kemari dengan dua tujuan. Pertama, saya sedia menerima undangan untuk menyampaikan ceramah di pesantren Pak Kiyai. Kedua, dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, saya bersedia menjadi suami kepada Zizi. Itu pun jika Zizi bersetuju. Adakah dik Zizi punya apa-apa syarat?”, soal Syamsul Hadi kepada Zizi.

“Saya tiada apa-apa syarat kak” , jawab Zizi kepada Syamsul Hadi sambil senyuman bahagia terukir di bibirnya.

“Cinta tanpa syarat”, rendah suara Fisha menuturkan.

Dialog itu terngiang-ngiang di telinganya sejak dia menonton filem Indonesia yang di beri judul “Dalam Mihrab Cinta” yang di bintangi oleh pelakon terkenal Indonesia iaitu Dude Harlino, Boy Hamzah dan Asmirandah. Filem ini di adaptasi daripada sebuah novel yang laris jualannya di Indonesia dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El-Shirazy.

***************

“Kenapa cinta ini tidak mudah bagiku”, tutur Fisha dengan nada suara yang hampir-hampir tidak kedengaran.

Serta-merta ingatannya kembali terhadap butir-butir perbualannya dengan Faris menerusi chatting pada malam itu.

Faris : Fisha,can you do me a favour?

Fisha: What?

Faris: Fisha,can you give me 1 year to think about it..

Fisha: 1 year for what Faris?

Faris: For us. For our relationship.

Fisha: Hurm… Means?

Faris: Ni ciri-ciri perempuan yang i nak cari:

1) jaga solat

2)jaga aurat

3) jaga batas pergaulan

4) taat ibu bapa

5) ikhlas kerana allah

If you want to do all these things, do it beccause of Allah, not for me.

Jangan telalu berharap pada makhluk macam i ni, minta daripada Allah.

Moga-moga boleh buka hati i untuk you..

As a compliment ( not necessary).. I suka perempuan yang kurus ( xla

terlalu kurus..) and ceria..

Jangan sedih2 pasal i lg..

I need time also to know myself..

Fisha : From all characteristic yang you listkan, tak ada satu pun yang I penuhi

dengan sempurna Faris.

If after 1 year, i tak ada ciri-ciri yang you nak and tak fully ada ciri-ciri

yang you nak, even you dapat cari i pun, i'll let u go.. I promise that to you

Faris..

****************

Fisha berfikir lagi. Adakah ciri-ciri perempuan idaman yang Faris nyatakan itu menjadi syarat untuk Fisha memiliki cinta seorang insan bernama Faris? Dia sendiri keliru. Jika itu syarat yang di kemukan oleh Faris, maka dia tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana Fisha tahu dia bukanlah seorang yang sempurna.

"Kerana aku bukan seorang ustazah",tutur Fisha lemah.

Tempoh waktu perpisahan selama setahun yang masih bersisa 360 hari membuat Fisha berfikir panjang. Bagi diri Fisha, syarat itu terlalu berat untuk di sempurnakan olehnya.

Fisha mula menimbangkan wajarkah harga cintanya pada Faris di beli dengan syarat-syarat yang di kemukakan oleh Faris?

Wajarkah dia menunggu insan bernama Faris selama setahun?

Berbaloikah penantiannya selama setahun?

Dan yang paling penting, bisakah dia mengikhlaskan hati berubah kerana Allah?

Mampukah dia berubah dalam tempoh waktu itu?

Dan persoalan itu yang kerap mengganggu tidur malam Fisha akhir-akhir ini. Perkara ini membuat dia benar-benar tertekan di tambah pula dengan subjek yang di pelajarinya sekarang sebagai siswa perubatan agak sukar.

Hal ini sedikit sebanyak membawa perubahan dalam dirinya. Beberapa orang rakannya perasan perubahan Fisha yang agak mendadak itu. Jika sebelum ini Fisha memang terkenal dengan sifatnya yang garang,tetapi garangnya bertempat. Dia hanya akan memarahi rakan-rakannya apabila mereka melakukan kesalahan yang wajar di marahi. Berbeza dengan situasi sekarang, Fisha di lihat lebih garang daripada biasa. Kini hanya kerana benda-benda kecil, Fisha bisa memarahi rakan-rakannya. Malah bukan sekadar memarahi, Fisha turut menengking mereka.

“Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini. Jadikanlah hambaMu ini di kalangan orang-orang yang di kurniakan kesabaran dalam menempuhi ujianmu”, tutur Fisha dalam hati bila mengenangkan perbuatannya terhadap rakan yang di marahi olehnya.

“Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya, sudah banyak hati yang aku kecilkan sejak akhir-akhir ini”,hatinya bertutur lagi.

Air matanya menitis lagi. Selain memohon petunjuk dariNya, hanya kata maaf yang dapat di mohon dari teman seperjuangan atas keterlanjuran perbuatannya akhir-akhir ini.


******************

Mengharungi samudera mahligai nan suci

Penuh gelombang silih berganti

Semua adalah ujian penguat cinta

Bila hati bicara

Gelombang yang tidak pernah surut dalam kamus cintanya terhadap Faris hampir membuat dia mengalah. Mengalah untuk mendapatkan sebuah cinta. Di rasakan cintanya kepada Faris semakin menghilang.

Kekadang tak perlu terucap kata kata

Untuk selami dalamnya hatimu

Susah senangmu jadi bagian hidupku

Karena hati bicara

Cinta itu hubungan dua hati. Hubungan dua hala. Jika hanya aku yang menyelami hatimu dan kamu tidak berusaha menyelami hatiku, apa gunanya Faris? Jika hanya aku yang merasa susahnya mendapatkan cintamu, kau akan menganggap cintaku itu terlalu murah dan mudah untuk kau persiakan.

Kata menjelmakanmu kisahkan berjuta cerita

Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna

Karunia Illahi mempersatukan dua hati

Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Hadirmu dalam hidupku benar begitu bermakna. Tetapi malangnya hati kita tidak bersatu Faris. Kerana hanya aku yang memahamimu. Dan kau tidak pernah memahamiku. Dan kerana itu aku mengambil keputusan untuk meninggalkanmu…

******************

Sumber lagu/lirik:

Lagu : Karena Hati Bicara (OST “Dalam Mihrab Cinta”)

Artis : Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil

* Bersambung

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~

Wednesday, December 29, 2010

WE ARE DA CHAMPION!!!!!


LEG 1
MALAYSIA VS INDONESIA
3:0

LEG 2
MALAYSIA VS INDONESIA
1:2

SKOR KESELURUHAN
MALAYSIA VS INDONESIA
4:2

JUARA PIALA SUZUKI DISANDANG OLEH:
HARIMAU MALAYA

AUUUUUUUMMMMMMMMMMM!!!!!!

Cerita tentang bola..


VS





Perbualan dlm clas~
Fans garuda: Mlm ini kita tenang saja. Kita lht nnt hasilnya. Pasti 5-1.
Aku: Kamu mau melihat gmana sy meny0k0ng team malaysia ndak? Aummmm utk harimau malaysia..
Fans garuda: Gimana bunyinya garuda ya? (Smbl pk n try wat bunyi garuda)
Aku : Hya mampu gelak.. Haha..
>>Cne bunyi garuda ek??

Sunday, December 26, 2010

~ In the making of KABSU Part1.4 ~

Salam n hye 2 all
Just wanna share smthng that really disturbing my mind dis week
Not a personal problem
But ita about in the making of Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah (KATSU) Part 1.4
Try 2 release this part dis week
Its all suck when the ideas come n go when i'm starting 2 write it
N da mood makes all the ideas wash off

2 the main character of "KABSU":

"Faris"
U should help me
Let me know ur feelings
Dis part is ur's
N i guess all part is ur's
Help me 2 understand u

"Farisha"
Make a desicion 4 urself
Do understand ur own feelings
Let it all out
Tell me everything that u feel

2 da author of "KABSU":

"Hazirah"
Spe suh hang crik psl nk tulis cte ni
Kn da ssh ble idea x de
Pdn muke
Skali hilang 2 main character
X ke naye nmenye 2

2 all readers of "KABSU":

Sorry guys..
Really cnt make it dis week..
I'll updated it soon..
Pray 4 me..
I nid ur support 2 make it..
N thnx a lot 4 reading KABSU..
^_^

-The End-

Saturday, December 18, 2010

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 3]

***************

Lagu itu berkumandang lagi. Kali ini benar2 menyentuh hati perempuannya. Kalau dulu pernah sahabat-sahabat Fisha semasa diploma menggelar dirinya gangster atau yakuza kerana sifatnnya yang kasar dan slumber, tetapi jika mereka melihat Fisha dalam situasi begini pasti mereka akan meggelarnya, “perempuan melayu terakhir” atau paling kurang pun “ratu air mata”.

**************

Sementara menanti waktu kuliahnya bermula, Fisha menghabiskan masanya mengulangkaji subjek Biologi di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari di UiTM Jengka, Kampus Khazanah Alam. Dan ketika itulah, datang sekumpulan manusia yang bakal mengharu-birukan hidup Fisha. Dari kejauhan, Fisha dapat mendengar pekik-lolong sekumpulan manusia itu.

Gengster!!!! Gangster!!!”

Maka, dengan jeritan yang sekuat 100MHz tu, hampir semua mahasiswa yang duduk di Taman Tenet itu menoleh ke arah yang orang yang memanggil dan mencari siapakah gerangan gangster yang dipanggil oleh manusia itu.

Suara itu memang dikenali Fisha. Tak lain tak bukan suara itu kepunyaan Bukhari atau nama machonya Bob.

Aisey, betul lah bagi orang malu budak Bob ni. Kalau tak menjerit sampai tak keluar anak tekak tak boleh agaknya. Nak bagi satu Jengka ni tau aku gangster agaknya,getus Fisha dalam hati.

Fisha memalingkan mukanya. Benarlah seperti tekaannya. Bob and the group menghampirinya. Bob and the group adalah stok-stok group budak-budak Kelantan yang extreme dalam batch Fisha. Dan mereka adalah golongan yang dengar khabarnya anti-perempuan.

Ha, asal kau cari aku ni Bob?”, soal Fisha.

Saje je dok kacau mung, Bob menjawab dengan selamba.

Ceh, ingatkan ape la yang kau nak cakap sampai kau dok menjerit-jerit dari tangga tu. Memalukan aku betul. Tak pasal-pasal semua orang pandang slack kat aku”,bebel Fisha.

Ala, da memang betul mu tu gangster. Kalau tak, tak dop la aku panggil mu gangster. Wei gangster, aku da bagi warning da kat budak tu. Nanti kalau dia nak ugut-ugut mu lagi, mu khabar je kat kitorang. Kitorang bagi mati je budak tu”, balas Bob.

Wei, tak payah la kau bunuh budak tu. Aku suruh korang bagi warning and gertak je. Bukan bunuh. Karang kalau dia dah mati, sape pulak yang nak bayar hutang RM800 dia kat aku”.

Ok ok, menurut arahan bos”, balas Bob sambil mengangguk-anggukkan kepalanya bersam rakan-rakannya yang lain.

Ok la. Aku ada clas Ainun ni. Karang kalau lambat masuk, dia kunci aku kat luar. Korang bukan tak tau Ainun tu macam mana. Singa punya type. Lain la kalau korang nak tengok gangster tumpas di tangan singa. ,tutur Fisha selamba.

Haha. Ok ok. Mu gi la clas elok-elok. Jalan cepat sikit. Aku tak nak dengar berita gangster tumpas di tangan singa”,tutur Bob dengan tawa yang bersisa.

“Aku blah dulu. Assalammualaikum”, Fisha menuturkan sambil berlalu pergi ke arah kelasnya di Blok J.

******************

Bob, kalau lah kau tau gangster dah bertukar jadi ratu air mata sekarang, mesti kau gelak sakan punya. Tutur Fisha dalam hati.

Fisha melihat Facebook nya.

Ada new message. Ni mesti budak Indon group aku ni. Bukan setakat message dan call aku kat handphone je. Cari aku sampai kat Facebook. Tak boleh bla betul. Cube la cari sendiri TLK tu”, ngomel Fisha.

Pantas tangannya membuka message itu.

Eh”, hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Fisha setelah melihat nama pengirim message itu.

Di baca message itu.

Just to tell u, i will deactivate my facebook within 24 hour bcoz i realize that the fb really disturbing myself. not bcoz of others but it bcoz of myself. maybe i will activate back my fb after 1 year.. just to tell u that i'm so sorry 4 wrong thing i have done to you. hope u enjoy ur life, appreciate what u already have with u. just to say sorry..

Message dari Faris benar-benar membuat dirinya kecewa. Kecewa kerana baru semalam mereka bercerita tentang banyak perkara. Kecewa kerana baru semalam dia merasa bahagia itu. Kecewa kerana baru semalam dia memasang angan-angan itu. Hari ini semuanya musnah dengan satu message yang di kirim oleh Faris.

Hubungan jarak jauh yang benar-benar menguji kesabaran diri Fisha. Seorang berada di Malaysia, seorang lagi berada di Indonesia.

“Rasa macam nak terbang balik, la ni jugak”, keluh Fisha dalam nada sayu.

Dah la cuma FB je tempat yang senang nak contact. Nak deactivate pulak. 1 year pulak tu. Yang tiap-tiap hari contact kat FB ni pun, rindu da menggunung. Tak contact setahun, mati kerinduan la aku”, rungut Fisha dalam hatinya.

Fisha ingin menjerit sekuat hatinya. Serasa mahu di luahkan semua isi hatinya kepada Faris seperti ini

U’ve done nothing wrong to me Faris. The only thing that wrong is you think that I can enjoy my life without you. You think that I’m tough enough to face this alone. That is totally wrong coz I really can’t leave without you. How many years more should I wait for you Faris. Every time you left me, I’m really afraid. I’m afraid that I’ll find new love that will replace your place in my heart. You make me waited for you so long. I’m really tired….

*******************

Air matanya menitis lagi buat sekian kalinya. Ya, lagu ini benar-benar menyentuh hatinya saat ini.

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Fisha~ Ya, kini dia benar-benar rasa seperti di tinggalkan… Setahun bukan jangka masa yang singkat untuk melalui semuanya tanpa Faris.

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

Faris~ I rasa I suka kat you, kalau tak, I takkan tanya you macam-macam. I memang jenis tak suka kawan and cakap dengan girl. Tapi bile dengan you, I tak tahu kenapa I nak tau semua pasal you.

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Fisha~ Faris, tak boleh tak kalau tak deactivated FB… Nanti macam mana I nak contact you… You tak rasa ke you kejam sangat dengan i…

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Faris~ Takpe.. You dah ada 'i' yang lagi satu kn..

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

Fisha~ I’ll wait for you Faris. Forever…… I akan giveup bila you dah betul-betul sah menjadi hak milik orang lain..

*******************

BERSAMBUNG

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~

*******************

Sumber lagu :

Tajuk Lirik/Lagu: Bila Cinta (Hilangnya Cintamu) OST Lagenda Budak Setan
Artis/Penyanyi: Gio