Friday, January 28, 2011

BILA AKU.....

Bila aku MARAH,
Tenangkanlah aku dengan kate2 yg menyejukkan hati

Bila aku SEDIH,
Pujuklah aku dengan ayat2 al-quran

Bila aku GEMBIRA
Ingatkanlah aku pada mereka yang berduka

Bila aku FRUST
Biarkanlah aku memujuk hatiku sendiri

Bila aku TENSION
Biarkanlah aku seorang diri

Bila aku BENGANG
Janganlah trigger kemarahan aku

Bila aku BAIK
Watlah pe je, aku xkn ckp pape

Bila aku JAHAT
Ajaklah aku ke arah kebaikan

Tapi...

Bila aku BENCI
Aku akn BENCI kau selame2nyer
Tak kisah la kau spe
Tua ke mude
Adik angkat ke hape
Sblm ni kau bestfrend ke teammate ke
Yg ptg aku da BENCI kau
Bile aku da ckp aku BENCI means aku MMG BENCI GILE kat kau
NO TURNING BACK
AKU MMG BENCI KAU!!!
X FAHAM KE???

Thursday, January 27, 2011

Think +vE

OhhO
Sebelum memulakan bicare, ampun maaf di pintA
Walaupun blog aku ni x ramai followers, mne la tau ade gak bloggers len yg t'bcE
Kalo bce n senyap je mmg xde mslH
Tp yg bce n create mslh 2 yg ssH

Al Kisahnya,
Bru hr ni la aku terbce 1 blog yg aku follow dok heboh2 psl copy paste entrY
Bergaduh2 n bermaki2 an la sesame bloggers kat blog si mamat yg copy paste 2
Agak dasyat gak la ble tgk mereka ni berperanG
Mcm perang dunia ke 3 gamaknyA

Just nk clarify gak psl copy paste nI
Menurut subject research n methodology yg aku blaja sem lpS
Tidak menjadi kesalahan bg seseorg utk copy paste jika di sertakan dr mne sumber die dptkn bnde 2
Itu kite pggl citation methoD
N aku rse simpati gak la pd mamat yg kne banned hbs2an dgn bloggers tegaR

Tp yg da copy paste tp xwat citation 2, aku ade ayt power utk korG
Ni la yg Dr aku ckp kat ktorg hampir setiap minggu dlm class research n methodology selame 6 bln lbh 2

"WHO DO YOU THINK YOU ARE??"
- Dari
Dr. dr. Gatot Lawrence


Aku bkn nk mng kn ko mamaT,
Tp ko x slh la sbnrnyer bile ko copy paste entry die sbb ko da ltak link kat bwh 2
Cume ble aku da bce komen2 bloggers tegar 2, dorg cme nk ko julang cket nme dorg 2
So, ko kne la julang cket nme dorg, bg promote cket w'pun sbnrnyer kalo ko x promote pun xpe sbb dorg mmg da popular dlm dunia bloggerS
Sbb mereka adlh bloggers tegaR
X gitU??

Pd bloggers yg di ciplak entrynyA
Kire korg pya entry 2 mmg sgt bermkne la pd korg pya readerS
Sbb 2 la di copy paste sbg tujuan utk kongsi ape yg mereka pernah bce dgn lbh rmai orG
Esp, pd followers dorG
Kire ok la 2, sbb kalo entry ko 2 mmg berfaedah, free2 je ko dpt pahalA

Bg aku sndiri, aku xde hal dgn bnde copy paste nI
Sbb kte bkn saintis yg blh cipta teori2 bru suke sukI
Sbb aku sure, entry korg sume pun cmfrm ade gak cket2 copy paste secare indirectlY
N korg pun x terperasaN
Esp, yg byk tulis entry umum n educatioN
2 pade pndpt aku lA

Yg plg aku nk tekan kn kat cnI
B +ve
Kalo ko pk +ve, bnde mcm ni xkn jd pyA

2 all yg bce entry nI
Stay calm, Stay cooL
Aku bkn nk crik mslh dlm dunia bloggers nI
Aku rse hmpir sume bloggers umo pun 20++
So, berfikirlah secare matang n waras sblm nk hentam akU

Maaf di pinta bg mereka yg terasA

p/s : sesape yg nk copy paste K.A.B.S.U. x kire la part mne pun, sile gtau aku dulu.
Xpun ko wat la citation method yg aku ckp kat ats tD
Sbb 2 mmg hasil titik peluh aku sndiri dlm kesibukan dunia medic utk hasilkn sebuah noveL
So, fhm2 lah sendiri yE
Aku x mntk penghargaan from mne2 readers cme bg aku K.A.B.S.U. 2 bnde plg berharge dlm hdp akU
N aku gak x pnh mintak sesape bce blog aku yg bersawang nI

(^_^)









Wednesday, January 26, 2011

Mesti Tahu : PTPTN = PTPTpu !!!!

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

by Eddie Ka on Saturday, January 15, 2011 at 12:19pm

Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

Saturday, January 22, 2011

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 5]


********************

Jendela YM telah terbuka sejak sejam yang lalu. Namun orang yang di nanti masih belum online. Faris hampir putus asa. Tatkala mahu meninggalkan mejanya, terdapat popup di skrin computer riba miliknya.

Fisha is now online.

Mata Faris tertancap pada skrin. Lama sudah nama itu di tunggu olehnya di Yahoo Messanger. Baru hari ini nama itu muncul kembali.

Di lihat status Fisha yang tertulis di situ :

No ReGrEtS aFtEr TuRnInG bAcK. CoZ I rEaLlY hAtE yOu. (^_^)

Faris tahu status itu ditujukan untuknya. Lalu,sekelip mata beribu-ribu persoalan mengasak minda tenang miliknya. Begitu tegarkah hati Fisha meninggalkannya? Begitu mudahkah cinta Fisha bertukar menjadi benci? Gembirakah Fisha setelah meninggalkannya? Meranakah Fisha saat bertekad meninggalkan dirinya?

Saat itu juga, mindanya teringat kembali saat pertama kali berkenalan dengan Fisha melalui YM ini.

Fisha : So, wanna give it a try?

: Wanna be my hanger?

Faris : U’r hanger?

: You dah ada berapa hanger dah?

Fisha : Setakat ni yang buat sangkut baju kurung i dalam almari tu ada 20 dah..

: Tu tak masuk yang luar almari.

Faris : Banyaknya..

: Yang dekat luar almari ada berapa?

Fisha : Yang buat sidai baju dekat luar pun ade 20 jugak..

: Lalala~~~

Faris : Tak sanggup la nak jadi hanger you macam tu..

: Nanti you letak i luar almari

Fisha : La..

:I tak letak you luar almari tapi letak you dalam hati~~~

Fariz tersenyum sendiri apabila kenangan itu kembali bermain di fikirannya. Fisha~~~ Nama itu tidak asing lagi dalam hidupnya. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi dia yakin Fisha setia.Cuma egonya sebagai seorang lelaki menghalangnya untuk menerima Fisha dalam hidupnya buat masa ini. Bukan kerana dia membenci Fisha. Sekadar dia memerlukan waktu untuk membuat keputusan yang besar dalam hidupnya. Dan dia juga memerlukan waktu untuk mengenal hati budi seorang insan bernama Fisha.

Di baca sekali lagi status Fisha di YM.

No ReGrEtS aFtEr TuRnInG bAcK. CoZ I rEaLlY hAtE yOu. (^_^)

Di MP3 miliknya, lagu menyesal dendangan Sixth Sense berebut-rebut memasuki telinganya. Sekilas teringat kuliah special sense yang pernah di pelajari olehnya. Hearing in human.

“Vibrating objects such as a plucked guitar string or the vocal cords of a speaking person, create percussion waves in the surrounding air. These waves cause the tympanic membrane to vibrate with the same frequency as the sound. The three bones of the middle ear transmit the vibrations against the oval window, a membrane on the cochlea’s surface. When one of those bones, the stapes, vibrates against the oval window, it creates pressure waves in the fluid of the cochlea. The waves travel through the vestibular canal,… Blablabla..”

Dan kini kedengaran chorus lagu,

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Menyesalkah aku kerana meminta Fisha tempoh selama setahun untuk memahami dirinya? Menyesalkah aku kerana menolak cinta Fisha saat dia datang membawa sinar bahagia dan senyumman dalam hidupku? Menyesalkah aku bila mengetahui dia benar telah meninggalkan aku kini?

Ya, aku sangat merindukan waktu itu…

Faris : I nak tanya boleh?

Fisha : Yup.. tanya la..

Faris : Dah brpe kali u pnah kapel eh?

: I memg xde pngalamn kapel2 ni..

Fisha : Skali.. Why?

Faris : Rase sgt janggal bile ad org ajak i kapel..

: Huhu

Fisha : Huhu.. No comment..

: I ajk u couple ea.. Lalala~~~

Faris : Xde lah..

: Sangkut..

: Hanger..

Fisha : Hehe..

: Act time 2 i sje je nyakat u..

:Tp xtau plak u t8 it serious...

:Hehe..

Faris : O nakal ea..

Fisha : Nakal dgn u je pun..

: Lalala~~~

Faris : Xbrpe serious kot..

: Lalala~

Fisha : Haha..

: But u kip thnk bout it..

Faris : Ckit2 jer..

: Lalala~

Fisha :Teeet… Kantoi suda..

: Lalala~~~

Dan lagu itu terus berkumandang..

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Benarlah, aku sangat merindui insan bernama Fisha. Fisha yang dulu. Fisha yang sentiasa menanti aku. Fisha yang sentiasa mengirimkan SMS setiap pagi dan malam dengan hanya satu ayat yang aku tunggu setiap hari.

Faris, 143.. Always..

Walaupun aku tidak pernah membalas kembali SMS nya, aku harap dia tahu aku juga merinduinya di sini. Tapi sayangnya, Fisha tidak tahu akan hal itu. Semua adalah salahnya. Salahnya kerana terlalu lama membiarkan persoalan cinta Fisha tidak berjawab.

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Mungkinkah Fisha akan kembali kepadanya jika dia memberikan jawapan kepada persoalan yang di ajukan oleh Fisha selama ini?

Dengan pantas, di klik nama Fisha pada YM. Setelah jendela YM Fisha terbuka, jari-jemari Faris dengan pantas menekan papan kekunci di computer ribanya. Di baca kembali ayat yang di bentuknya tadi.

Fisha, I love you to.. Always..

Kini, hanya tinggal menekan butang enter. Faris masih teragak-agak dengan keputusan yang di ambilnya kini.

Nak tekan ke tak Faris? Common Faris, make your decision now. Tekan ke tak?

*****************

* Bersambung...

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~