Saturday, December 18, 2010

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 3]

***************

Lagu itu berkumandang lagi. Kali ini benar2 menyentuh hati perempuannya. Kalau dulu pernah sahabat-sahabat Fisha semasa diploma menggelar dirinya gangster atau yakuza kerana sifatnnya yang kasar dan slumber, tetapi jika mereka melihat Fisha dalam situasi begini pasti mereka akan meggelarnya, “perempuan melayu terakhir” atau paling kurang pun “ratu air mata”.

**************

Sementara menanti waktu kuliahnya bermula, Fisha menghabiskan masanya mengulangkaji subjek Biologi di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari di UiTM Jengka, Kampus Khazanah Alam. Dan ketika itulah, datang sekumpulan manusia yang bakal mengharu-birukan hidup Fisha. Dari kejauhan, Fisha dapat mendengar pekik-lolong sekumpulan manusia itu.

“Gengster!!!! Gangster!!!”

Maka, dengan jeritan yang sekuat 100MHz tu, hampir semua mahasiswa yang duduk di Taman Tenet itu menoleh ke arah yang orang yang memanggil dan mencari siapakah gerangan gangster yang dipanggil oleh manusia itu.

Suara itu memang dikenali Fisha. Tak lain tak bukan suara itu kepunyaan Bukhari atau nama machonya Bob.

“Aisey, betul lah bagi orang malu budak Bob ni. Kalau tak menjerit sampai tak keluar anak tekak tak boleh agaknya. Nak bagi satu Jengka ni tau aku gangster agaknya”,getus Fisha dalam hati.

Fisha memalingkan mukanya. Benarlah seperti tekaannya. Bob and the group menghampirinya. Bob and the group adalah stok-stok group budak-budak Kelantan yang extreme dalam batch Fisha. Dan mereka adalah golongan yang dengar khabarnya anti-perempuan.

“Ha, asal kau cari aku ni Bob?”, soal Fisha.

“Saje je dok kacau mung”, Bob menjawab dengan selamba.

“Ceh, ingatkan ape la yang kau nak cakap sampai kau dok menjerit-jerit dari tangga tu. Memalukan aku betul. Tak pasal-pasal semua orang pandang slack kat aku”,bebel Fisha.

“Ala, da memang betul mu tu gangster. Kalau tak, tak dop la aku panggil mu gangster. Wei gangster, aku da bagi warning da kat budak tu. Nanti kalau dia nak ugut-ugut mu lagi, mu khabar je kat kitorang. Kitorang bagi mati je budak tu”, balas Bob.

“Wei, tak payah la kau bunuh budak tu. Aku suruh korang bagi warning and gertak je. Bukan bunuh. Karang kalau dia dah mati, sape pulak yang nak bayar hutang RM800 dia kat aku”.

“Ok ok, menurut arahan bos”, balas Bob sambil mengangguk-anggukkan kepalanya bersam rakan-rakannya yang lain.

“Ok la. Aku ada clas Ainun ni. Karang kalau lambat masuk, dia kunci aku kat luar. Korang bukan tak tau Ainun tu macam mana. Singa punya type. Lain la kalau korang nak tengok gangster tumpas di tangan singa. ”,tutur Fisha selamba.

“Haha. Ok ok. Mu gi la clas elok-elok. Jalan cepat sikit. Aku tak nak dengar berita gangster tumpas di tangan singa”,tutur Bob dengan tawa yang bersisa.

“Aku blah dulu. Assalammualaikum”, Fisha menuturkan sambil berlalu pergi ke arah kelasnya di Blok J.

******************

Bob, kalau lah kau tau gangster dah bertukar jadi ratu air mata sekarang, mesti kau gelak sakan punya. Tutur Fisha dalam hati.

Fisha melihat Facebook nya.

“Ada new message. Ni mesti budak Indon group aku ni. Bukan setakat message dan call aku kat handphone je. Cari aku sampai kat Facebook. Tak boleh bla betul. Cube la cari sendiri TLK tu”, ngomel Fisha.

Pantas tangannya membuka message itu.

“Eh”, hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Fisha setelah melihat nama pengirim message itu.

Di baca message itu.

Just to tell u, i will deactivate my facebook within 24 hour bcoz i realize that the fb really disturbing myself. not bcoz of others but it bcoz of myself. maybe i will activate back my fb after 1 year.. just to tell u that i'm so sorry 4 wrong thing i have done to you. hope u enjoy ur life, appreciate what u already have with u. just to say sorry..

Message dari Faris benar-benar membuat dirinya kecewa. Kecewa kerana baru semalam mereka bercerita tentang banyak perkara. Kecewa kerana baru semalam dia merasa bahagia itu. Kecewa kerana baru semalam dia memasang angan-angan itu. Hari ini semuanya musnah dengan satu message yang di kirim oleh Faris.

Hubungan jarak jauh yang benar-benar menguji kesabaran diri Fisha. Seorang berada di Malaysia, seorang lagi berada di Indonesia.

“Rasa macam nak terbang balik, la ni jugak”, keluh Fisha dalam nada sayu.

“Dah la cuma FB je tempat yang senang nak contact. Nak deactivate pulak. 1 year pulak tu. Yang tiap-tiap hari contact kat FB ni pun, rindu da menggunung. Tak contact setahun, mati kerinduan la aku”, rungut Fisha dalam hatinya.

Fisha ingin menjerit sekuat hatinya. Serasa mahu di luahkan semua isi hatinya kepada Faris seperti ini

U’ve done nothing wrong to me Faris. The only thing that wrong is you think that I can enjoy my life without you. You think that I’m tough enough to face this alone. That is totally wrong coz I really can’t leave without you. How many years more should I wait for you Faris. Every time you left me, I’m really afraid. I’m afraid that I’ll find new love that will replace your place in my heart. You make me waited for you so long. I’m really tired….

*******************

Air matanya menitis lagi buat sekian kalinya. Ya, lagu ini benar-benar menyentuh hatinya saat ini.

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Fisha~ Ya, kini dia benar-benar rasa seperti di tinggalkan… Setahun bukan jangka masa yang singkat untuk melalui semuanya tanpa Faris.

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

Faris~ I rasa I suka kat you, kalau tak, I takkan tanya you macam-macam. I memang jenis tak suka kawan and cakap dengan girl. Tapi bile dengan you, I tak tahu kenapa I nak tau semua pasal you.

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Fisha~ Faris, tak boleh tak kalau tak deactivated FB… Nanti macam mana I nak contact you… You tak rasa ke you kejam sangat dengan i…

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Faris~ Takpe.. You dah ada 'i' yang lagi satu kn..

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

Fisha~ I’ll wait for you Faris. Forever…… I akan giveup bila you dah betul-betul sah menjadi hak milik orang lain..

*******************

BERSAMBUNG

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~

*******************

Sumber lagu :

Tajuk Lirik/Lagu: Bila Cinta (Hilangnya Cintamu) OST Lagenda Budak Setan
Artis/Penyanyi: Gio

Sunday, December 12, 2010

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 2]

Kelihatan di luar cermin, titis-titis hujan masih lagi membasahi bumi. Sudah hampir sehari semalam hujan,namun ia masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Ya, hujan turun dengan lebat sejak hari pernikahan Fisha dengan insan yang bergelar suami semalam. Memori semalam menggamit ingatan.

“Lebat betul hujan hari ni, tak pernah hujan lebat macam ni kat Jengka”,kata seorang makcik yang tidak ku tahu namanya.

“Betul tu. Tak pernah hujan sampai banjir Kg. Awah tu. Tenggelam generator dekat kawasan tadahan air tu. Nasib baik aku da siap-siap simpan air dalam kolah semalam. Tak de la aku risau sangat kalau tak de air ”, kata seorang lagi makcik.

“Rezeki pengantin ni kot. Kata orang tua-tua kalau kahwin musim hujan ni,sejuk rumah tangga pasangan tu”, balas makcik yang pertama.

Serentak, kedua-dua makcik tadi sama-sama memalingkan muka mereka ke arah Fisha sambil tersenyum. Dari kejauhan Fisha hanya melemparkan senyuman kembali kepada mereka. Hatinya berdetik, apakah benar kata-kata makcik tadi. Sempat jua dia mengaminkan kata-kata makcik tadi. Mudah-mudahan masjid yang baru di bina kekal hingga akhirnya doanya dalam hati.

Bunyi kosekan di atas katil mematikan lamunan Fisha. Segera dia berpaling. Ternyata suaminya masih lena di buai mimpi. Maklumlah, jam baru menunjukkan jam 3 pagi. Mungkin keadaan suhu yang dingin di sebabkan hujan yang tidak henti-henti mengganggu tidur suaminya itu. Di hampiri tubuh yang sedang lena itu. Fisha mengambil comforter lalu membalut tubuh suaminya.

“Mcm baby”, terkeluar juga ayat itu dari mulutnya.

Bimbang suaranya mengejutkan tidur si suami, pantas Fisha menekup mulut dengan tangannya. Namun, dia tidak dapat menahan rasa geli hati melihat cara suaminya tidur. Merengkok kesejukan seolah-olah bayi kecil yang baru di lahirkan.Tawa kecilnya masih bersisa.

Tidak segera beredar, Fisha duduk di birai katil, menatap muka insan yang sudah bergelar suami untuknya. Di tatap muka itu dengan penuh kasih. Benarlah,kasihnya hanya tertumpah untuk insan yang bernama Faris. Jikalau dulu, dia pernah memasang angan-angan untuk menatap wajah Faris sewaktu sedang lena tidur. Tidak di sangka angan-angan nya menjadi realiti hari ini.

Wajah ini yang hampir setiap hari menemani dirinya dulu. Walaupun tidak pernah melihat Faris secara realiti, dan hanya berbekalkan gambar-gambar Faris yang ada di Facebook, dia sudah mulai mencintai Faris. Cinta Fisha pada waktu itu merupakan cinta di alam maya, cinta cyber. Mengimbas kembali detik pertama Fisha berkenalan dengan Faris membuatkan sebuah senyuman terukir di bibirnya.

Fareez_faris is online

Hati Fisha benar-benar gembira melihat notification itu. Sudah seminggu dia menanti nama itu online di YM. Tidak tahu mengapa dia menunggu insan itu. Pantas jari-jemarinya menaip huruf-huruf yang membentuk perkataan Salam dan menekan butang enter pada laptop Acer miliknya.

Tidak lama kemudian, popup di YM keluar. Satu pesanan masuk. Pantas jari Fisha membuka kembali page YM tadi. Yeah, ada respon hari ni. Terpampang di skrin perkataan

“W’salam”

Dan selepas itu, hanya YM dan Faris yang menemaninya malam Jumaat itu. Biarlah YM berbicara…

~ BersambunG ~

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~
………………………………