Thursday, July 1, 2010

.:SIMPLE @ TROUBLE:.

Orang kata SINGLE itu SIMPLE
Aku kata COUPLE itu TROUBLE

Persoalannya, yang mana satu yang betul??

Bukan mudah nak satukan dua hati yang berbeza citarasa..
Bukan mudah nak fahami naluri masing-masing..

Bila SINGLE itu SIMPLE?

* Bila kita tak payah fikir nak jaga hati orang lain
* Bila kita tak payah rasa bersalah walaupun kita tak buat salah
* Bila otak kita tak kusut fikir pasal dia saat-saat nak final exam
* Bila kita boleh buat apa saja yang kita suka
* Bila kita tak payah susah-susah nak amik tau semua pasal dia

Bila COUPLE itu TROUBLE?

* Bila si dia mula buat hal
* Bila si dia banyak sangat prinsip yang tak dapat kita nak ikut
* Bila si dia cakap dia suka kat orang lain
* Bila si dia cakap tak percaya hubungan jarak jauh
* Bila si dia mula jauhkan diri dari kita
* Bila si dia buat kita risau time final exam
* Bila si dia langsung tak nak angkat time kita call
* Bila si dia tak nak reply message
* Bila kita tak tau apa salah kita kat dia
*Bila kita rasa kita penat sangat jaga hati dia

1
~ ALLAH jadikan manusia itu berpasang-pasangan~

Jika dia bukan milik kita, maka lepaskan lah dia dengan redha kerana yang lebih baik menanti kita kelak..
Jika dia datang kepada kita setelah dilepaskan, maka itulah cinta kita

2
~ Cinta itu terlalu subjektif untuk di nilai dan di ukur~

Maka, jika anda percaya dia cinta anda, cintailah dia sepenuh hati..
Janganlah ada rasa ragu-ragu

3
~ Jangan tanyakan seberapa banyak dia cintakan anda, tetapi tanyalah seberapa banyak anda cintakan dia~

Cintailah dia sepenuh hati kerana dia juga akan mencintai anda sepenuh hatinya

4
~Bila single itu simple~

Kekallah single selagi anda belum pasti dia adalah milik anda

5
~Bila couple itu trouble~

Tinggalkan lah mereka yang tidak tahu menghargai anda..
Anda tidak akan rugi sedikitpun..
Malah, mereka tergolong dalam orang-orang yang rugi kerana tidak dapat menilai yang mana kaca yang mana permata..

P/S : Hal ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..
Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman..



No comments:

Post a Comment