I LOVE MYSELF MORE THAN I LOVE YOU
FOR THAT REASON
I'M SORRY THAT I HAVE TO LEAVE YOU
****************
14 Februari. Dikeluarkan nota yang diterimanya dua hari lepas dari tasnya. Fisha menghela nafas panjang setelah melihat nota itu. Di baca kembali ayat yang tertulis di atasnya.
Make sure you come. I’ll wait for you.
Dilihat sekeping kad terjatuh di atas ribanya. Ya, kad itu. Kad pemberian Fahmi. Di buka sampul suratnya. Di keluarkan kad yang berwarna merah hati itu. Di baca sekilas perkataan yang tertera di atsnya.
Valentines Dinner Invitation to : Miss Fisha
Date : 14 Februari 2005
Venue : SAB Hall
Do wear proper attire according to the dress code.
Please attend this dinner with those that gave you this invitation.
Sekali lagi Fisha menghelakan nafasnya yang terasa berat. Lelaki yang satu ini benar-benar membuat dia tidak senang duduk. Di lihat jam di dinding biliknya. Sudah jam 5 petang. Masih bersisa 3 jam sebelum majlis makan malam itu di mulakan. Tapi hatinya masih belum dapat membuat keputusan sama ada mahu menghadiri acara itu atau tidak. Fisha bermonolog sendiri. Berfikir kewajarannya untuk berada di majlis itu.
Kalau aku datang, sah-sah la kena berkepit 24 jam dengan mamat ni .
Kalau tak datang, nanti dia fikir aku sombong pulak.
Kalau datang, nanti mesti jadi gossip besar.
Kalau tak datang, nanti aku menyesal pulak.
Kini jarum jam menunjukkan pukul 7. Fisha akhirnya membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis itu. Di habiskan masa yang terluang dengan berbaring di atas katil sambil mendengar lagu-lagu yang berputar di MP3 miliknya sepanjang malam itu. Sebetulnya, tidak kedengaran lagu-lagu itu di corong telinganya kerana otaknya ligat berputar mencari alasan yang harus diberikan kepada Fahmi hari Jumaat nanti di tuisyen. Dan akibat kelelahan dalam mencari alasan yang satu pun tidak bernas, Fisha akhirnya tertidur dengan earphone yang masih melekap kemas di telingannya dan lagu yang masih berputar di MP3 nya.
****************
Jumaat telah tiba. Penghulu segala hari. Dan pada hari ini juga dia bakal menyaksikan perubahan sikap Fahmi terhadapnya. Di pulas tombol pintu dengan kuat agar dia bisa mendapat kekuatan untuk menghadapi hari ini. Di gagahkan kaki untuk melangkah ke dalam kelasnya di pusat tuisyen.
“Assalammualaikum”, tutur Fisha sambil melangkah masuk ke dalam kelas.
Dan seperti yang di jangka olehnya, seluruh isi kelas merenungnya dengan renungan yang paling tajam.
Apa gaya pandang orang macam nak telan ni. Gerun sungguh.
Kata-kata itu cuma terucap di bibirnya sahaja. Tidak mampu dia menuturkan kata-kata tersebut di hadapan 10 orang jejaka yang memandangnya dengan renungan paling di takutinya.
Dasyat sungguh kawan-kawan si Fahmi ni. Tu tanda protes ke sebab aku tak datang dinner tu.
Tadi sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kelas, dilihat air muka Fahmi keruh. Tidak seperti selalu. Marahkah dia? Merajukkah dia? Hati perempuan seorang Fisha sedikit terusik bila dirasa sikap Fahmi begitu dingin terhadapnya hari ini. Di pujuk hatinya sendiri.
Kau yang salah Fisha oii. Tak payah la nak sedih-sedih pulak. Memang patut pun dia buat bodoh je kat kau hari ni.
Sedang dia bersiap-siap untuk pulang setelah tamat kelas, kedengaran suara Fahmi di belakang kelas. Fisha tidak menoleh. Cepat-cepat dia memasukkan alat tulisnya ke dalam kotak pensil kemudian di masukkan pula ke dalam beg. Setelah semuanya sudah di masukkan ke dalam beg, Fisha bangun dari tempat duduknya dan kakinya mula melangkah mahu meninggalkan mejanya. Serentak itu, tangan kanannya di sentap oleh seseorang dari belakang yang membuatnya hampir jatuh tersungkur tetapi sempat di selamatkan oleh dada bidang seseorang yang terus memeluknya waktu itu.
“Sorry and thanx”, tutur Fisha sambil menolak badan insan yang telah meyelamatkannya itu.
Tidak dilihat wajah insan itu. Di tinggalkan insan itu dengan segera tanpa sebarang jawapan. Di seka air mata yang jatuh di pipinya tanpa disedari sewaktu dalam dakapan insan itu tadi. Sungguh hatinya benar-benar rapuh. Rapuh dengan insan yang bernama Fahmi.
Di lihat proton Iswara merah sudah menanti di hadapan pusat tuisyen tersebut. Kedengaran namanya di panggil oleh Fahmi dari belakang. Dengan pantas, di hampiri Iswara merah itu lantas dibuka pintu dan dengan pantas Fisha meloloskan dirinya ke dalam kereta.
Dari kejauhan, Fahmi memandang kereta itu semakin jauh meninggalkan pusat tuisyen tersebut. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. “Hai pujaan hatiku, maafkan aku”, tutur Fahmi dalam nada yang perlahan.
*****************
Di rebahkan badannya di atas katil usai solat Isya’. Hatinya tidak tenteram. Di rasa jantungnya berdegup dengan kencang. Otaknya masih tidak dapat mencerna kejadian sewaktu pulang tuisyen tadi. Umpama layar wayang, satu-satu adegan petang tadi bertukar ganti dalam fikirannya. Ya, tangannya di sentap oleh seseorang dan hampir membuatnya jatuh tersungkur. Tetapi diselamatkan oleh seorang insan. Dan insan itu adalah Fahmi. Kerana itu Fisha tidak berani mengangkat mukanya kerana dia tahu orang itu adalah Fahmi melalui haruman yang dipakai olehnya.
Dadanya berdebar lagi, kini lebih pantas. Layar otaknya sudah mula memaparkan adegan dia di peluk oleh Fahmi dengan penuh erat. Erat dalam dakapan Fahmi sehingga dia tidak mampu bergerak. Fahmi mendekatkan mulutnya ke telinga Fisha. Di bisikkan sesuatu ke telinga itu.
“I’ve been waiting for you my lovely dear. Why you didn’t come”
Ya, itulah ayat yang di bisikkan oleh Fahmi ke telinganya. Sebaik teringat ayat itu, Fisha terus bangkit dari pembaringannya. Di capai gelas yang terletak di meja sebelah katilnya. Di tuang air lalu diteguk sehingga habis.
What? Waiting for me? Lovely Dear?
Fisha menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Di tampar perlahan pipinya beberapa kali untuk memastikan dia berada di alam realiti.
“Memang realiti. Tapi kenapa tadi rasa macam mimpi. Kenapa aku tak cakap apa-apa kat Fahmi tadi?”, soal Fisha berkali-kali kepada dirinya.
Waiting for me? For how long? Takkan dia tak masuk langsung dalam dewan tu? One more thing, lovely dear? Sejak bila pulak dia panggil aku dear dear ni?
Itulah persoalan yang masih bermain-main di fikirannya sehingga sekarang. Akhirnya Fisha merebahkan dirinya semula ke katil. Di tangannya di genggam erat nota yang diberi oleh Fahmi tempoh hari. Rasa bersalah menghantui dirinya. Dan dia tertidur dalam rasa bersalah yang tidak berpenghujung.
*********************
Di kamarnya, Fahmi tidak berhenti-henti tersenyum. Bibirnya yang kemerahan itu kelihatan lebih manis tatkala mengukirkan senyuman. Seperti Fisha, fikirannya juga ligat memutarkan kembali detik-detik yang di anggap indah dalam hidupnya itu.
“Sory Fisha, didn’t mean to make you fall. Nasib baik aku sempat peluk dia. Kalau tak, mesti sampai bila-bila dia tak tegur aku agaknya”, tutur Fahmi dalam nada kesal.
Dan masih teringat di dalam mindanya bagaimana raut wajah Fisha yang kemerah-merahan pada waktu itu. Teringat juga bagaimana Fisha cuba meloloskan diri dari pelukannya sewaktu dia membisikkan ayat itu ke telinga Fisha.
“Comel”, hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya apabila mengingatkan detik itu.
Dia bahagia dengan kehadiran Fisha dalam hidupnya.
“I love you Fisha….,” dituturkan ayat ini sebelum Fahmi melelapkan matanya malam itu.
****************Bersambung..
©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah Part 1.7
***********************
Fisha sedang bersiap-siap untuk ke kuliah hari ini. Di buka almari pakaiannya. Matanya tertancap pada kalendar.
“14 Februari”, hati kecilnya berbisik pada diri sendiri.
14 Februari sangat sinonim dengan “Valentines Day”. Kononnya hari memperingati kekasih.
“Habis kalau aku yang tiap-tiap hari ingat si Faris ni tak kira hari,apa kes?”, soal Fisha pada dirinya sendiri.
“Tapi….. Kenapa tiba-tiba muka Fahmi yang terbayang kat otak ni?”, Fisha semakin runsing.
Seketika ingatannya kembali kepada seseorang yang di kenalinya sejak zaman sekolah menengah lagi. Bukan Faris. Fahmi. Ya Fahmi. Nama itu tidak asing lagi dalam hidupnya. Mungkin kerana hubungannya lebih lama dengan Fahmi berbanding Faris.
Tangannya pantas mencapai tudung daripada hanger. Sambil mengenakan brooch pada tudung, otaknya masih ligat memikirkan Fahmi. Fahmi.. Ya, nama itu pernah bertakhta dalam hatinya.
**********************
“Wei, mana kad pelajar aku? Asal tak de kat board?”, soal Fisha kepada Marina, temannya di pusat tuisyen itu, merangkap pelajar sekolahnya juga.
“Aku tak amik. Cuba tanya budak-budak ni”, arah Marina sambil jari telunjuknya mengarah kepada pelajar yang lain.
“Walawei, sape pulak yang dajal aku ni. Korang, sape amek kad aku ni? Jangan la main-main. Mak aku da tunggu kat bawah tu”, tutur Fisha dalam nada tak puas hati.
“Fisha, kad awak kat sini”, jerit kerani yang bertugas di kaunter di pusat tuisyen tersebut.
“Aisey, abg ni awat tak letak je kad saya tu kat board. Bikin gempak je”, tutur Fisha seraya mengambil kad pelajarnya dari tangan kerani tersebut lantas berlari-lari anak menuruni anak tangga setinggi tiga tingkat itu.
“Mesti mama marah ni sebab turun lambat. Slack betul abang ni”, Fisha mengomel tanpa sedar.
Tiba-tiba Fisha terlanggar seseorang di tangga.
“Opps, sory awak”, tutur Fisha sambil menundukkan kepalanya. Rasa bersalah menghantui diri. Tidak berani mengangkat wajahnya kerana yang dilanggarnya merupakan pelajar lelaki di pusat tuisyen tersebut.
“Ni semua salah abang tu. Kan da terlanggar orang”, Fisha membebel di dalam hati. Masih tidak puas hati dengan kerani tadi.
Setelah kaku di situ hampir 1 minit, kepalanya di angkat.
“It’s ok”, kedengaran suara orang yang dilanggarnya tadi.
Fisha masih kaku di situ. Orang pertama yang dilihatnya setelah mendongakkan kepalanya tadi bukan orang yang di langgarnya, tetapi orang yang berada di selekoh tangga tersebut.
“Awak, it’s ok. Saya ok je ni”, suara itu kedengaran lagi. Mungkin dia panik melihat Fisha yang kaku seakan-akan patung di situ.
“Ohho Fisha, what happen? Sedarlah kau”, tuturnya dalam hati. Matanya masih pada manusia di selekoh tangga itu.
Akhirnya Fisha memandang orang yang di langgarnya tadi. “Sorry”, tuturnya sambil meninggalkan jejaka itu dalam keadaan terpinga-pinga. Dan bertembunglah Fisha dengan orang yang membuatnya kaku tadi bersama gengnya di selekoh tangga. Sebuah senyuman terukir di bibir si pemilik tubuh itu. Fisha menundukkan wajahnya lantas menundukkan sedikit badannya dan terus berlalu meninggalkan mereka.
“Budak GS tu. Jangan usik wei. Budak pandai”, kedengaran satu-satu ayat yang di tuturkan oleh suara pemilik tubuh tadi.
Dadanya berdebar-debar. Mata seolah-olah berpinar. Fisha bermonolog sendiri.
“Kau dah kenapa ni Fisha? Sakit ke? Ohho, it’s not cinta pandang pertama ok. Kau gila ke apa. Ingat macam cerita dalam novel ke first time tengok terus jatuh cinta. Nonsense.”
Di buka pintu kereta, lantas cepat dia meloloskan diri ke dalam kereta yang sudah lama menantinya di hadapan pusat tuisyen itu sebelum ibunya membebel kerana dia lewat turun.
Ya, itulah kali pertama dia berkenalan dengan insan bernama Fahmi secara tidak formal. Tapi cukup membuat hidupnya sangat bermotivasi sejak peritiwa itu. Menjadikan Fahmi sebagai idola dan saingan untuknya, membuatkan Fisha berjaya mencapai targetnya untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dengan skor 8A tahun itu.
*********************
Secret Admire. Hanya itu yang dapat di gambarkan mengenai hubungannya dengan Fahmi. Entah sejak bila Fisha mula meminati insan yang bernama Fahmi dalam diam. Sejak peristiwa di tangga itu, hari-hari makin berarti buat Fisha. Semua yang berkaitan dengan Fahmi di cari tahu.
“Putus fius agaknya otak aku ni”
Setiap kali terfikir tentang Fahmi, itulah ayat yang akan keluar dari mulutnya. Dan setiap pagi juga Fisha berharap agar dapat melihat Fahmi dari kejauhan seawal 6:50 pagi sewaktu bas sekolahnya berhenti di hadapan sekolah Fahmi. Dan harinya akan bermakna jika dia dapat melihat wajah tenang milik Fahmi.
**********************
“Siapa yang dapat jawab soalan ni?”, soal En. Zamri, guru yang mengajar subjek fizik tingkatan empat di pusat tuisyen itu.
Kelihatan Fisha dan Fahmi masih lagi bertungkus-lumus mengira untuk mendapatkan jawapan.
“Ok, done. Saya dapat”, serentak Fahmi dan Fisha menuturkan setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan tersebut. Serentak itu, mereka menoleh memandang muka masing-masing. Bukan sekali terjadi perkara sebegini.
“Fahmi, tulis jawapan awak kat depan. Fisha, semak balik jawapan Fahmi”, En. Zamri memberi arahan.
Fahmi bangun dan menulis jawapannya di white board. “Sama”, tutur Fisha perlahan seraya memandang wajah En. Zamri. Hati kecil Fisha berkata-kata tatkala matanya melihat tangan Fahmi laju menulis di white board itu,
“ Tak menyesal jadi secret admire budak ni. Pandai”
“Ha Fisha, apa senyum sorang-sorang pandang Fahmi tu? Awak buat soalan seterusnya.”, arah En. Zamri.
Fahmi menoleh memandangnya. Terasa merah mukanya apabila mata mereka bertentang. Serta-merta kepalanya di tundukkan. Di larikan pandangan matanya dari Fahmi.
“Alamak kantoi la pulak. Slack betul cikgu ni. Baru nak layan jiwa sekejap. Bagi malu orang betul.”
Sumpah, Fisha memang tidak minat subjek fizik. Seolah-olah menjadi sumpahan buat dirinya untuk tidak meminati subjek itu. Tetapi kerana Fahmi, dia sedaya upanya cuba memahami subjek itu. Kerana Fahmi bukan sahaja secret admirenya, malah Fahmi adalah saingannya.
************************
Dalam diam sudah tiga tahun Fisha menjadi secret admire kepada Fahmi. Kini mereka sekelas untuk subjek Matematik Tambahan. Killer subjek zaman sekolah menengah atas.
“Nak pinjam buku hutang boleh? Cikgu Roger cakap buku awak lengkap. Nak dua-dua sekali boleh?”, soal Fahmi kepada Fisha.
Semua mata memandang ke arah mereka. Memang sudah terdengar gosip di kalangan rakan sekelas mengenai Fahmi dan Fisha. Bahkan, rakan-rakan Fahmi juga giat mengenakan mereka.
“Boleh, tapi lepas kelas la. Tapi kena pulang balik esok sebab minggu depan ada kelas add maths form 4”,balas Fisha sambil menghulurkan buku formula add math nya kepada Fahmi.
“Ok, thanks”, jawab Fahmi sambil menhadiahkan sekuntum senyuman kepada Fisha.
“Ok Fisha, sila bawa bertenang. Senyum je kot.”
“No problem”, Fisha berlagak seolah-olah tiada apa-apa berlaku sedangkan di dalam hatinya seolah-olah ada pertunjukkan bunga api.
Dan serentak itu, rakan-rakan Fisha yang lain menghadiahkan senyuman nakal buatnya sambil mengenyitkan mata mereka.
********************
Pintu kelas di buka. Fisha memberi salam lantas masuk ke kelas. Salamnya di jawab perlahan oleh Fahmi yang duduk di barisan paling belakang. Fisha mengambil tempat duduknya di tepi pintu.
“Aish, mana semua orang ni. Takkan tak datang lagi kot. Sabotaj betul. Saja nak tinggalkan aku dengan mamat ni ke”,Fisha terus mengomel di dalam hati.
Di keluarkan buku notanya dari beg. Di tulis di atas halaman terakhir buku tersebut.
6/1/2005:
Cuaca hati Fisha di ramalkan petir-kilat sepanjang hari.
Di tutup buku nota itu dan dikeluarkan buku latihan. Di lihat nombor soalan yang di bulatkan olehnya. Masih ada yang belum selesai.
“Awak dah siap soalan minggu lepas?”,soal Fahmi dari tempat duduknya.
“Dah, tapi ada yang tak dapat jawab”, jawab Fisha tanpa menoleh kearah Fahmi.
“Thanks bagi pinjam buku hutang”, tutur Fahmi lagi.
“Ok”, Fisha membalas acuh tak acuh.
Bukan niatnya mahu memperlakukan sebegitu kepada Fahmi. Sekadar ingin mengawal perasaannya sendiri.
“Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah”, bisik hati kecilnya.
Dan hampir 15 minit suasana di kelas itu sunyi sepi. Tiada lagi perbicaraan antara mereka.
“Mana budak-budak ni. Semua tak datang ke.”
Seketika kemudian daun pintu ditolak. Fisha menoleh ke arah pintu. Kesemua ahli kelas berebut masuk dan mengambil tempat masing-masing. Seolah-olah sudah berjanji untuk datang bersama pada hari itu. Semuanya berdehem-dehem sewaktu memasuki kelas apabila mereka melihat hanya Fisha dan Fahmi berada di dalam kelas.
“Punyalah kitorang tunggu lama kat luar. Bagi line clear. Ingatkan adalah progress. Yang dok diam tak cakap apa-apa tu apasal Mat? 15 minit pulak tu. Kelu ke lidah kau nak cakap dengan budak GS tu? Hampeh betul”, kedengaran suara Faizi yang duduk di sisi Fahmi. Nadanya seolah-olah hampa.
“Patutla tak de sorang pun masuk. Memang nak kene budak-budak ni”, tutur Fisha di dalam hati.
“Ayun, apasal datang lambat hari ni? Korang saje je ea nak kenakan kita?”, soal Fisha pada teman sekelasnya di sekolah yang kebetulan duduk di sebelahnya di pusat tuisyen itu.
“Hehe. Bagi peluang kot. Tapi kitorang tak plan. Budak-budak tu yang tak nak masuk bila tengok kitorang tunggu kat luar”, jawab ayun sambil tersenyum nakal.
“Hampeh punya member”, Fisha berlagak marah.
Sebetulnya dia tidak selesa bila di giat oleh rakan-rakannya. Padanya, biarlah perasaan itu terpendam. Dia tidak mahu pelajarannya terganggu kerana seorang lelaki.
*********************
12 Februari 2005.
“Fisha, nah”, ucap Faizi sambil menghulurkan sekeping kad kepada Fisha.
“Apa ni?”, soal Fisha dengan muka yang penuh tanda tanya.
“Buah hati awak bagi”, jawab Faizi bersahaja.
Kedengaran tawa pecah di belakang kelas. Sah, memang tak habis-habis nak kenakan orang si Faizi ni.
“Cakap kat orang yang bagi ni, thanks but no thanks”, balas Fisha selamba.
“Eh, tak boleh. Awak kena amik jugak”, tutur Faizi sambil meletakkan kad itu di atas meja Fisha seraya bergegas kembali ke tempat duduknya di sebelah Fahmi.
Dan kedengaran sorakan daripada rakan-rakannya yang lain. Bingit telinga Fisha mendengarnya. Di palingkan mukanya kebelakang memandang Fahmi dengan renungan membunuh. Fahmi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tanda menyuruh Fisha menyimpan kad itu.
Akur dengan arahan tak spontan daripada Fahmi, Fisha menarik kad itu. Di lihat perkataan pada kad.
Valentines Dinner Invitation to : Miss Fisha
Date : 14 Februari 2005
Venue : SAB Hall
Do wear proper attire according to the dress code.
Please attend this dinner with those that gave you this invitation.
Tangannya masih memegang kad itu. Di toleh sekali lagi ke arah Fahmi. Fahmi hanya senyum penuh bermakna. Di keluarkan buku notanya. Di buka halaman terakhir. Pantas jari-jemarinya mencoretkan sesuatu di dalam buku itu.
12/2/2005:
Cuaca hati Fisha di ramalkan cerah sepanjang hari. J
Di simpan kad yang di terima di dalam beg sandangnya. Beribu persoalan menerjah mindanya.
“Fahmi, please say it just a joke and don’t ever say that we share the same feelings right now”, bisik hati kecilnya. Di gengam tangannya sekuat mungkin agar akal warasnya kembali. Agar dia tidak tebuai dengan keasyikan perasaan yang di rasainya kini.
Perasaannya masih belum tenang tatkala sehelai nota di letak di atas mejanya. Di baca ayat yang tertulis di atas nota itu.
Make sure you come. I’ll wait for you.
Di lihat orang yang meletakkan nota itu. Fahmi.
“Ya Allah, bantulah hambaMu ini”, doa Fisha dalam hati.
********************
*Bersambung
©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~