Sunday, February 6, 2011

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 6]

**********************

“You can turn up for respiration, You can turn down, if you felt depression, but do not turn to your right or left for any discussion”.

Fisha mengangkat mukanya sebaik sahaja ayat itu selesai di tuturkan oleh Dr Sony yang mengawas dewan peperiksaan di Auditorium Prof. Dr. A. Amiruddin. Seukir senyuman terukir di bibirnya apabila matanya bertembung dengan mata Dr Sony. Seukir senyuman juga terukir di bibir Dr Sony. Mungkin tidak menyangka kata-katanya di dengari oleh Fisha.

“Aish, boleh pulak Dr. ni wat lawak time tengah final exam. Paper neuropsychiatry pulak tu. Ada jugak arahan sebelum periksa macam tu kat Indonesia ni ”,tutur Fisha dalam hati.

Tawanya tertahan lagi. Bukan Fisha sengaja mengopeng perbualan doktor-doktor yang mengawas peperiksaan itu. Di sebabkan dia duduk di barisan paling hadapan di auditorium itu, maka, kenalah tahan telinga mendengar perbualan doktor-doktor senior yang hanya mengawas bahagian depan dewan. Doktor-doktor junior pula mengawas di bahagian belakang dewan. Doktor-doktor senior tadi meneruskan perbualan mereka. Konsentrasi Fisha agak terganggu. Dia tahu bukan dia sahaja yang mendengar perbualan doktor-doktor tersebut. Kelihatan teman di sebelahnya dengan jarak empat kerusi juga turut tertawa.

Fisha menyinsing sedikit lengan baju kurungnya. Melihat jam yang di pakai di tangan kirinya.

“Satu jam lagi. Fokus Fisha. Fokus. Kalau kau dengar cerita doktor-doktor ni memang tak sempat la kau nak jawab 100 soalan ni dalam masa 100 minit”, ngomel Fisha sendiri kerana marah dengan dirinya yang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa menjawab soalan.

“Satu jam saja, Faris penah dedicate lagu ni kat aku”, fikirannya teringat pula kepada Faris. Senyuman terukir di bibirnya. Sah banyak betul syaitan yang mengganggu konsentrasinya saat itu.

Masa berlalu dengan pantas. 100 minit berakhir. Dan berakhirlah semester tiga.

“Alhamdulillah”, itu perkataan pertama yang di tuturkannya setelah kertas jawapan dan soalannya di pungut oleh Doktor.

**********************

Cuti semester bermula lagi. Setelah hampir enam bulan otak di penuhi dengan bermacam-macam fakta medis, akhirnya inilah masa yang di nanti-nantikan oleh semua student second year.

“Tiket flight dah lama tempah. Tinggal tunggu masa je. Tak sabarnya nak balik Malaysia”, Fisha bermonolog sendiri.

“Akak, bila kita nak buat ERP ni? ", kedengaran suara Shikin bertanya kepada alongnya.

“As soon as possible. Hari ni pun boleh gak. Karang tak boleh balik Malaysia pulak.”, jawab along.

ERP - izin re-entry permit sekali masuk perjalanan. Prosedur imigresyen Indonesia yang memang leceh. Setiap kali nak balik Malaysia wajib buat benda ni. Satu hari kene pergi kantor imigrasi hanya untuk beli borang,isi dan hantar. Esoknya kene datang lagi untuk buat pembayaran sebanyak Rp 200k. Lusa kena datang lagi untuk amek passport, PoA (buku jaminan polis) dan KITAS (Kartu Izin Tinggal Terbatas) yang dah siap cop. Tapi, nak balik punya pasal, kenalah buat semua ni walaupun prosedur dia sangat leceh.

*********************

“To all passengers, we are now safely arrived at Kuala Lumpur LCCT International Airport. We are proud to tell you that we arrived 10 minutes earlier from the estimated time. To all visitors, welcome to Malaysia. To Malaysian citizens, welcome back home”.

“Welcome back home”, Fisha mengulang kembali ayat itu.

Terasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Lebih berbangga bila dapat pulang ke negara sendiri. Kelihatan semua budak batchnya tersenyum gembira. Ayat selepas itu yang dituturkan ketua pramugari tidak di ambil endah. Yang penting mereka dah sampai Malaysia.

*********************

Nyaman sungguh udara di bumi Malaysia. Terasa sedikit tenang setelah menikmati pemandangan yang menyejukkan mata sepanjang lebuhraya. Tiba-tiba ingatannya kembali kepada Faris. Di keluarkan handphone dari saku slack yang di pakainya.

“Tak de pun”, keluh Fisha.

Jika sebelum ini, setiap kali dia pulang, Faris akan mengirimkan sms ke nombor Malaysianya. Sekadar message yang mengalu-alukan kepulangannya ke tanah tumpah darahnya ini. Tetapi cukup untuk buat Fisha tersenyum. Tapi tidak kali ini. Fisha hampa.

Teksi yang di naikinya bersama tiga orang lagi rakan masih meluncur laju di lebuhraya menuju ke stesyen bas Bukit Jalil. Setelah hampir 45 minit perjalanan dari LCCT, mereka tiba di Bukit Jalil. Sesak dengan ribuan manusia.

Faris : You balik bila?

Fisha : I blk 9hb ni.

Faris : Dah tu siapa jemput kat airport nanti?

Fisha : I jemput diri sendiri.

: Hehe.

Faris : You ni.

: I serius you main2 pulak.

Fisha : Yela2.. I amik teksi pegi Bukit Jalil.

: Dari sana nanti amek bas balik JB.

: Awat? Nak jumpa ke?

Faris : You nak jumpa I ke?

: Buat ape nak jumpa i?

Fisha : Ngeh, I’m asking you.

: N now you asking back the same question to me.

Faris : Bagi I 3 alasan kenapa kita kena jumpa.

Fisha : Aish, kne ke?

Faris : Yup.

Fisha :1st, sbb kte da dkt 7 bln knl, tp xpnh tau actual look kte msing2 mcm mne..

: 2nd, sbb nnt I da jarang balik..

: 3rd- supaye x nyesal di kemudian hr..

Faris : Kenapa nak menyesal?

Fisha : Mane la tau lps ni x jumpa lgsg.

Faris : Insyaallah. Tapi I xjnji k.

Di toleh kiri dan kanan. Tiada bayang yang menyerupai Faris di sekitar tempat dia menuggu di Bukit Jalil itu. Fisha menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia hampa lagi.

*************************

Kini Fisha telah menaiki bas Transnasional Sky View menuju ke Johor Bahru jam 11 malam. Mata Fisha masih lagi meninjau-ninjau di luar. Masih berharap agar dia dapat bertemu Faris atau melihat Faris dari kejauhan. Namun tetap hampa.

Bas telah mula meninggalkan platform. Di sumbat earphone ke telinga. Di tekan playlist. Kedengaran lagu Korea berkumandang. Because I’m stupid dendangan SS501 yang dijadikan OST drama popular korea, Boys Before Flowers.

*************************

Because I’m stupid. Lagu yang sama bermain di dalam Proton Iswara milik Faris saat ini. Dari kejauhan, Faris melihat bas yang dinaiki oleh Fisha semakin jauh meninggalkan platform.

“Fisha, I miss you a lot dear. I really miss you,” tutur Faris bersama linangan air mata.

*************************

*Bersambung

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~

No comments:

Post a Comment