Thursday, February 24, 2011

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 8]

****************

14 Februari. Dikeluarkan nota yang diterimanya dua hari lepas dari tasnya. Fisha menghela nafas panjang setelah melihat nota itu. Di baca kembali ayat yang tertulis di atasnya.

Make sure you come. I’ll wait for you.

Dilihat sekeping kad terjatuh di atas ribanya. Ya, kad itu. Kad pemberian Fahmi. Di buka sampul suratnya. Di keluarkan kad yang berwarna merah hati itu. Di baca sekilas perkataan yang tertera di atsnya.

Valentines Dinner Invitation to : Miss Fisha

Date : 14 Februari 2005

Venue : SAB Hall

Do wear proper attire according to the dress code.

Please attend this dinner with those that gave you this invitation.

Sekali lagi Fisha menghelakan nafasnya yang terasa berat. Lelaki yang satu ini benar-benar membuat dia tidak senang duduk. Di lihat jam di dinding biliknya. Sudah jam 5 petang. Masih bersisa 3 jam sebelum majlis makan malam itu di mulakan. Tapi hatinya masih belum dapat membuat keputusan sama ada mahu menghadiri acara itu atau tidak. Fisha bermonolog sendiri. Berfikir kewajarannya untuk berada di majlis itu.

Kalau aku datang, sah-sah la kena berkepit 24 jam dengan mamat ni .

Kalau tak datang, nanti dia fikir aku sombong pulak.

Kalau datang, nanti mesti jadi gossip besar.

Kalau tak datang, nanti aku menyesal pulak.

Kini jarum jam menunjukkan pukul 7. Fisha akhirnya membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis itu. Di habiskan masa yang terluang dengan berbaring di atas katil sambil mendengar lagu-lagu yang berputar di MP3 miliknya sepanjang malam itu. Sebetulnya, tidak kedengaran lagu-lagu itu di corong telinganya kerana otaknya ligat berputar mencari alasan yang harus diberikan kepada Fahmi hari Jumaat nanti di tuisyen. Dan akibat kelelahan dalam mencari alasan yang satu pun tidak bernas, Fisha akhirnya tertidur dengan earphone yang masih melekap kemas di telingannya dan lagu yang masih berputar di MP3 nya.

****************

Jumaat telah tiba. Penghulu segala hari. Dan pada hari ini juga dia bakal menyaksikan perubahan sikap Fahmi terhadapnya. Di pulas tombol pintu dengan kuat agar dia bisa mendapat kekuatan untuk menghadapi hari ini. Di gagahkan kaki untuk melangkah ke dalam kelasnya di pusat tuisyen.

“Assalammualaikum”, tutur Fisha sambil melangkah masuk ke dalam kelas.

Dan seperti yang di jangka olehnya, seluruh isi kelas merenungnya dengan renungan yang paling tajam.

Apa gaya pandang orang macam nak telan ni. Gerun sungguh.

Kata-kata itu cuma terucap di bibirnya sahaja. Tidak mampu dia menuturkan kata-kata tersebut di hadapan 10 orang jejaka yang memandangnya dengan renungan paling di takutinya.

Dasyat sungguh kawan-kawan si Fahmi ni. Tu tanda protes ke sebab aku tak datang dinner tu.

Tadi sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kelas, dilihat air muka Fahmi keruh. Tidak seperti selalu. Marahkah dia? Merajukkah dia? Hati perempuan seorang Fisha sedikit terusik bila dirasa sikap Fahmi begitu dingin terhadapnya hari ini. Di pujuk hatinya sendiri.

Kau yang salah Fisha oii. Tak payah la nak sedih-sedih pulak. Memang patut pun dia buat bodoh je kat kau hari ni.

Sedang dia bersiap-siap untuk pulang setelah tamat kelas, kedengaran suara Fahmi di belakang kelas. Fisha tidak menoleh. Cepat-cepat dia memasukkan alat tulisnya ke dalam kotak pensil kemudian di masukkan pula ke dalam beg. Setelah semuanya sudah di masukkan ke dalam beg, Fisha bangun dari tempat duduknya dan kakinya mula melangkah mahu meninggalkan mejanya. Serentak itu, tangan kanannya di sentap oleh seseorang dari belakang yang membuatnya hampir jatuh tersungkur tetapi sempat di selamatkan oleh dada bidang seseorang yang terus memeluknya waktu itu.

“Sorry and thanx”, tutur Fisha sambil menolak badan insan yang telah meyelamatkannya itu.

Tidak dilihat wajah insan itu. Di tinggalkan insan itu dengan segera tanpa sebarang jawapan. Di seka air mata yang jatuh di pipinya tanpa disedari sewaktu dalam dakapan insan itu tadi. Sungguh hatinya benar-benar rapuh. Rapuh dengan insan yang bernama Fahmi.

Di lihat proton Iswara merah sudah menanti di hadapan pusat tuisyen tersebut. Kedengaran namanya di panggil oleh Fahmi dari belakang. Dengan pantas, di hampiri Iswara merah itu lantas dibuka pintu dan dengan pantas Fisha meloloskan dirinya ke dalam kereta.

Dari kejauhan, Fahmi memandang kereta itu semakin jauh meninggalkan pusat tuisyen tersebut. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. “Hai pujaan hatiku, maafkan aku”, tutur Fahmi dalam nada yang perlahan.

*****************

Di rebahkan badannya di atas katil usai solat Isya’. Hatinya tidak tenteram. Di rasa jantungnya berdegup dengan kencang. Otaknya masih tidak dapat mencerna kejadian sewaktu pulang tuisyen tadi. Umpama layar wayang, satu-satu adegan petang tadi bertukar ganti dalam fikirannya. Ya, tangannya di sentap oleh seseorang dan hampir membuatnya jatuh tersungkur. Tetapi diselamatkan oleh seorang insan. Dan insan itu adalah Fahmi. Kerana itu Fisha tidak berani mengangkat mukanya kerana dia tahu orang itu adalah Fahmi melalui haruman yang dipakai olehnya.

Dadanya berdebar lagi, kini lebih pantas. Layar otaknya sudah mula memaparkan adegan dia di peluk oleh Fahmi dengan penuh erat. Erat dalam dakapan Fahmi sehingga dia tidak mampu bergerak. Fahmi mendekatkan mulutnya ke telinga Fisha. Di bisikkan sesuatu ke telinga itu.

“I’ve been waiting for you my lovely dear. Why you didn’t come”

Ya, itulah ayat yang di bisikkan oleh Fahmi ke telinganya. Sebaik teringat ayat itu, Fisha terus bangkit dari pembaringannya. Di capai gelas yang terletak di meja sebelah katilnya. Di tuang air lalu diteguk sehingga habis.

What? Waiting for me? Lovely Dear?

Fisha menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Di tampar perlahan pipinya beberapa kali untuk memastikan dia berada di alam realiti.

“Memang realiti. Tapi kenapa tadi rasa macam mimpi. Kenapa aku tak cakap apa-apa kat Fahmi tadi?”, soal Fisha berkali-kali kepada dirinya.

Waiting for me? For how long? Takkan dia tak masuk langsung dalam dewan tu? One more thing, lovely dear? Sejak bila pulak dia panggil aku dear dear ni?

Itulah persoalan yang masih bermain-main di fikirannya sehingga sekarang. Akhirnya Fisha merebahkan dirinya semula ke katil. Di tangannya di genggam erat nota yang diberi oleh Fahmi tempoh hari. Rasa bersalah menghantui dirinya. Dan dia tertidur dalam rasa bersalah yang tidak berpenghujung.

*********************

Di kamarnya, Fahmi tidak berhenti-henti tersenyum. Bibirnya yang kemerahan itu kelihatan lebih manis tatkala mengukirkan senyuman. Seperti Fisha, fikirannya juga ligat memutarkan kembali detik-detik yang di anggap indah dalam hidupnya itu.

“Sory Fisha, didn’t mean to make you fall. Nasib baik aku sempat peluk dia. Kalau tak, mesti sampai bila-bila dia tak tegur aku agaknya”, tutur Fahmi dalam nada kesal.

Dan masih teringat di dalam mindanya bagaimana raut wajah Fisha yang kemerah-merahan pada waktu itu. Teringat juga bagaimana Fisha cuba meloloskan diri dari pelukannya sewaktu dia membisikkan ayat itu ke telinga Fisha.

“Comel”, hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya apabila mengingatkan detik itu.

Dia bahagia dengan kehadiran Fisha dalam hidupnya.

“I love you Fisha….,” dituturkan ayat ini sebelum Fahmi melelapkan matanya malam itu.

***************

*Bersambung..

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~

2 comments:

  1. zurin : thnx syg 4 ur support.. insyaallah will update it regularly.. =)

    ReplyDelete