Thursday, March 10, 2011

Dulu, Kini Dan Selamanya

Dahulu
Semuanya umpama mimpi
Gembira sentiasa terukir di hati
Hari-hari sangat berarti
Kerana cinta menemani diri
Kerana dia sentiasa di sisi

Kini
Rindu itu kembali
Kenangan itu menghantui
Dalam diam aku sendiri
Masih mencari-cari
Apa ertinya cinta sejati

Selamanya
Namamu kan terpahat di hati
Akan ku simpan dalam memori
Kerana bagiku cinta kita abadi
Takkan hilang hingga akhir nanti
Akan ku tunggu engkau cintaku sampai aku mati




No comments:

Post a Comment