Thursday, December 30, 2010

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [Part 4]

***************

“Saya kemari dengan dua tujuan. Pertama, saya sedia menerima undangan untuk menyampaikan ceramah di pesantren Pak Kiyai. Kedua, dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, saya bersedia menjadi suami kepada Zizi. Itu pun jika Zizi bersetuju. Adakah dik Zizi punya apa-apa syarat?”, soal Syamsul Hadi kepada Zizi.

“Saya tiada apa-apa syarat kak” , jawab Zizi kepada Syamsul Hadi sambil senyuman bahagia terukir di bibirnya.

“Cinta tanpa syarat”, rendah suara Fisha menuturkan.

Dialog itu terngiang-ngiang di telinganya sejak dia menonton filem Indonesia yang di beri judul “Dalam Mihrab Cinta” yang di bintangi oleh pelakon terkenal Indonesia iaitu Dude Harlino, Boy Hamzah dan Asmirandah. Filem ini di adaptasi daripada sebuah novel yang laris jualannya di Indonesia dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El-Shirazy.

***************

“Kenapa cinta ini tidak mudah bagiku”, tutur Fisha dengan nada suara yang hampir-hampir tidak kedengaran.

Serta-merta ingatannya kembali terhadap butir-butir perbualannya dengan Faris menerusi chatting pada malam itu.

Faris : Fisha,can you do me a favour?

Fisha: What?

Faris: Fisha,can you give me 1 year to think about it..

Fisha: 1 year for what Faris?

Faris: For us. For our relationship.

Fisha: Hurm… Means?

Faris: Ni ciri-ciri perempuan yang i nak cari:

1) jaga solat

2)jaga aurat

3) jaga batas pergaulan

4) taat ibu bapa

5) ikhlas kerana allah

If you want to do all these things, do it beccause of Allah, not for me.

Jangan telalu berharap pada makhluk macam i ni, minta daripada Allah.

Moga-moga boleh buka hati i untuk you..

As a compliment ( not necessary).. I suka perempuan yang kurus ( xla

terlalu kurus..) and ceria..

Jangan sedih2 pasal i lg..

I need time also to know myself..

Fisha : From all characteristic yang you listkan, tak ada satu pun yang I penuhi

dengan sempurna Faris.

If after 1 year, i tak ada ciri-ciri yang you nak and tak fully ada ciri-ciri

yang you nak, even you dapat cari i pun, i'll let u go.. I promise that to you

Faris..

****************

Fisha berfikir lagi. Adakah ciri-ciri perempuan idaman yang Faris nyatakan itu menjadi syarat untuk Fisha memiliki cinta seorang insan bernama Faris? Dia sendiri keliru. Jika itu syarat yang di kemukan oleh Faris, maka dia tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana Fisha tahu dia bukanlah seorang yang sempurna.

"Kerana aku bukan seorang ustazah",tutur Fisha lemah.

Tempoh waktu perpisahan selama setahun yang masih bersisa 360 hari membuat Fisha berfikir panjang. Bagi diri Fisha, syarat itu terlalu berat untuk di sempurnakan olehnya.

Fisha mula menimbangkan wajarkah harga cintanya pada Faris di beli dengan syarat-syarat yang di kemukakan oleh Faris?

Wajarkah dia menunggu insan bernama Faris selama setahun?

Berbaloikah penantiannya selama setahun?

Dan yang paling penting, bisakah dia mengikhlaskan hati berubah kerana Allah?

Mampukah dia berubah dalam tempoh waktu itu?

Dan persoalan itu yang kerap mengganggu tidur malam Fisha akhir-akhir ini. Perkara ini membuat dia benar-benar tertekan di tambah pula dengan subjek yang di pelajarinya sekarang sebagai siswa perubatan agak sukar.

Hal ini sedikit sebanyak membawa perubahan dalam dirinya. Beberapa orang rakannya perasan perubahan Fisha yang agak mendadak itu. Jika sebelum ini Fisha memang terkenal dengan sifatnya yang garang,tetapi garangnya bertempat. Dia hanya akan memarahi rakan-rakannya apabila mereka melakukan kesalahan yang wajar di marahi. Berbeza dengan situasi sekarang, Fisha di lihat lebih garang daripada biasa. Kini hanya kerana benda-benda kecil, Fisha bisa memarahi rakan-rakannya. Malah bukan sekadar memarahi, Fisha turut menengking mereka.

“Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini. Jadikanlah hambaMu ini di kalangan orang-orang yang di kurniakan kesabaran dalam menempuhi ujianmu”, tutur Fisha dalam hati bila mengenangkan perbuatannya terhadap rakan yang di marahi olehnya.

“Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya, sudah banyak hati yang aku kecilkan sejak akhir-akhir ini”,hatinya bertutur lagi.

Air matanya menitis lagi. Selain memohon petunjuk dariNya, hanya kata maaf yang dapat di mohon dari teman seperjuangan atas keterlanjuran perbuatannya akhir-akhir ini.


******************

Mengharungi samudera mahligai nan suci

Penuh gelombang silih berganti

Semua adalah ujian penguat cinta

Bila hati bicara

Gelombang yang tidak pernah surut dalam kamus cintanya terhadap Faris hampir membuat dia mengalah. Mengalah untuk mendapatkan sebuah cinta. Di rasakan cintanya kepada Faris semakin menghilang.

Kekadang tak perlu terucap kata kata

Untuk selami dalamnya hatimu

Susah senangmu jadi bagian hidupku

Karena hati bicara

Cinta itu hubungan dua hati. Hubungan dua hala. Jika hanya aku yang menyelami hatimu dan kamu tidak berusaha menyelami hatiku, apa gunanya Faris? Jika hanya aku yang merasa susahnya mendapatkan cintamu, kau akan menganggap cintaku itu terlalu murah dan mudah untuk kau persiakan.

Kata menjelmakanmu kisahkan berjuta cerita

Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna

Karunia Illahi mempersatukan dua hati

Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Hadirmu dalam hidupku benar begitu bermakna. Tetapi malangnya hati kita tidak bersatu Faris. Kerana hanya aku yang memahamimu. Dan kau tidak pernah memahamiku. Dan kerana itu aku mengambil keputusan untuk meninggalkanmu…

******************

Sumber lagu/lirik:

Lagu : Karena Hati Bicara (OST “Dalam Mihrab Cinta”)

Artis : Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil

* Bersambung

©All right reserved : ~Isha Idiaz 2010/2011~

No comments:

Post a Comment